GUESTBOOK
BLA-BLA-BLA!
Teka Umur Irdina & Imelda! (THIS IS STICKY MODE)
Sunday, June 28, 2009
i am Datin Paduka Nunu at 2:09 AM 3 homo sapiens
BERCINTA SELAMA-LAMANYA...
Friday, June 26, 2009
so, busy melayan Baby Tyara. & aunty Khaty pulak baru je tadi sampai dari Kelantan.
Kejap tadi aku borak2 dengan Abang. Abang mintak aku amik dia di Pulapol pagi esok. ALHAMDULILLAH!! sebenarnya Abang & semua tak boleh outing this weekend, kena denda ape ntah. tapi, last minute boleh...syukur sangat2!
Aku borak2 dengan Abang kat bilik Nana, ye la kan, segan nak borak depan Aunty, Nana & semua. tiba2 Nana masuk.. nana kata : "amboi... bercinta!!"...tersengeh2 malu!!
aku bagitau Abang.
& Abang jawab :
"MEMANG KITA BERCINTA SELAMA2NYA... SAMPAI "SANA" PUN KALAU BOLEH KITA BERCINTA BERDUA JUGAK, INSYA ALLAH!"
aku terdiam. terharu & rasa... touching sangat. itu sahaja untuk malam ni. saja nak share happy ngan korang yang sudi baca blog ni. Thanx. Good nite. xoxo
TERIMA KASIH YA ALLAH!
TERIMA KASIH, SUAMIKU
i am Datin Paduka Nunu at 11:48 PM 5 homo sapiens
Akhirnya... aku akur pada NAFSU!
Tajuk bajet 18sx je! *citpoodah!!
Hari ni destinasi kami ialah Jalan Masjid India & Jalan TAR. Temankan Pina g Butik Ariani nak beli tudung. Kami naik LRT dari Pandan Jaya.
Puas jugak pusing2 cari butik tu sebab Pina tak ingat locationnya. Alhamdulillah, jumpa jugak. Harga tudung kat situ mahal tak hengat! Urut dada aku tengok Pina beli sampai 3 tudung. Fuh!
Selepas itu (ayat skema nak mamp!), kami jalan2 dan aku terjumpa 1 benda alah ni & tergoda lalu membelinya... ala, habis punah niat sebenar aku yang cuma nak window shopping je!
Then, makan2 kat kedai mamak di Masjid India tu.. amat tidak puas hati sebab memang tidak sedap! huhuhu.. tak ngapalah, rezeki jugak, kan..
On the way balik umah aku, singgah pulak kat KK Home Deco Mart dekat Tesco Ampang. memang 1 of my favourite store. Aku memang gilakan home deco, bukan pakaian, bukan make-up & bukan barang kemas. *Abang, sesungguhnya kamu harus bersyukur!! hahahahaa!!
Aku ALLERGIC *banyak la aku punya allergic! pada IKEA, KK Home Deco Mart, Sungei Wang & Petaling Street! *sebab tu la Abang tak nak bawak aku pegi tempat2 tersebut! kalu nak g, g sendirik : kata Abang. &, seperti yang kawan2 fesbuk aku dah agak tadi, aku mesti akan TERbeli sesuatu hari ini.. yeah!!
*apalagi, mak kalah kalau ada sale melampau begini ok!
*konon2 nak letak brooch @ hair accessories yang kecik2!
Argghhhh!!! AKU KALAH PADA NAPSU!! *abang, ampunkan isterimu ini.. huhu!! Aku rasa Abang mesti ANGIN punya kalu dia tau aku beli ni semua.. sebab pagi tadi masa aku mintak ijin dengan Abang nak keluar, dia dah pesan JANGAN beli apa2! waaaa...!!! takutnya.. kejap tadi masa borak2 dengan Abang, aku tak bagitau dia pon pasal barang2 ni. dia mesti akan tau jugak sebab dia baca blog aku ni. huhuhuhu!! YA AMPUN, BANG!! ~lalalalalala...
itulah cerita aku yang "terpaksa" akur pada nafsu.. heheheehehe!!
Sekian...
*fifi suggest aku & Abang tengok & baca cite Confession of a Shopaholic! adakah???!!huhuhu
i am Datin Paduka Nunu at 12:39 AM 11 homo sapiens
Jalan2 tengok cite Transformer!
Thursday, June 25, 2009
Ini cerita semalam.. ingat nak update semalam, tapi aku migraine.
Semalam dari tengahari aku keluar bersama2 merpati 2 sejoli : Pina & Fifi. Mula2 g UiTM Shah Alam, Pina nak apply kolej untuk sem depan. Pastu, kitorang g Cineleisure, Damansara. Fifi nak ajak tengok muvee Transformer : Revenge of The Fallen. Kami amik tiket pukul6.30pm.
So, sementara tunggu time muvee tu, ada masa lebih kurang 1jam lebih lagi.. kami jalan2 round2 Cineleisure & The Curve. Lama jugak aku tak g sana, asek g IKEA & Ikano saja, tak jalan2 pon The Curve & Cineleisure tu. so, aku agak jakun! *ahahahaha! Jalan2 survey kedai cupcake.. terserempak ngan Dynaz.. lawa gile dia seh!! dah la slim, tinggi ya amat + tak sombong. Senyum je. Pastu terlanggar vocalist group Hujan *sowii..aku tak tau nama dia apa, kenal muka je. Aku & Pina nak keluar MNG & dia nak masuk, masing2 mata letak kat kepala lutut *hahahaa!!.. mujur slow je langgar. sowi ye adik rambut-tutup-mata!
ok, lupa nak cite, lepas beli tiket wayang tadi, aku ada photoshoot secara tak sengaja!hahaahaha!! gile malu, segan aku! alkisahnya macam ni... ada booth Peek-a-boo dekat2 kaunter tiket wayang tu. so ada la staff dia bagi contest form ape ntah.. just isi detail & serah pada staff kat booth & dapat goodies bag.. so, aku ingat senang camtu, ok la kan.. oh ya, dengan syarat kena tunjuk 2 tiket cite Transformer la.. cite lain tanak! huh, demand kau!
rupa2nya lepas isi details kat form tu, kena amik gambar la pulak!! allammak!!! wa malu, beb!! Pina & Fifi gelak je.. "go-go Kak Nora!!" ah, on je lah!! sekali je.. aku terpinga2 nape kena amik gambar kan.. tapi sampai sudah aku tak tanya.. MALU!
balik rumah baru aku tau kenapa kena amik gambar bagai.. nak tau, sila layari web Peek-a-Boo ini. Terima kasih! *hahahaah!! ye, aku malas explain la nih! MALUUUUU!!!!
ok2, aku brief sket.. actually contest tu adalah makeover contest!! kuang-kuang-kuang!!! hahahaahahaa... dalam ramai2, Peek-a-Boo akan select 10 orang untuk di'makeover'kan rambut mereka & 10 orang yang telah di'makeover' itu nanti akan dipublish dalam web Peek-a-Boo untuk di'vote' pulak!! lalalaalalaalala~ aku dah terlanjur... harap2 ade rezeki, boleh makeover rambut aku yang memang tak lawa langsung sekarang ni. (insya Allah...amin)
ok, seterusnya bercerita skett pasal muvee Transformer ni.. aku bagi 5 bintang la (out of 5 ok!). memang best sebab ada unsur2 kelakar! bagi aku memang tak rugi nonton seh...hehehe.. THANX fifi & pina sebab belanja aku tengok wayang. :D
actually, dah lama aku tak tengok wayang. seingat aku la, last aku tengok wayang cite Transformer yang 1st dulu & dengan Abang! *oh, how i miss him!! berapa lama dah tu eh? & masa tengok wayang semalam, rasa RINDU gile kat Abang... kan best kalu Abang ada dengan aku semalam. em...
Abang la Bumblebee aku!! Tapi Abang kata dia Optimus Prime! *ah, perah santan la lu, Bang!! NO-NO-NO!! Abang tetap Bumblebee aku.. aku suka Bumblebee sebab dia cute-nanges kuar airmata macam air paip wa cakap lu-jiwang-sensitip-kuat jugak-amat caring!huhuhuu...
mengarut dah aku merepek macam Puaka Nyang Rapik.. huh! ok, keseluruhan aku memang enjoy jugak nonton muvee ittew, tapi 30% TAK enjoy sebab :
- ada mamat bongok yang duduk belakang aku suka goyang2kan kaki dia kat kerusi aku & betul2 annoying!! bengong!! aku dah banyak kali pusing pandang dia, tapi memang dasar TAK reti bahasa.. mangkuk ayun!
- sound kuat gile & menyebabkan aku migraine.. huhuhu
- RINDU ABANG!!!
Abis muvee terserempak ngan Ako Mustapha *gemuk jugak dia sekarang ye. -makan2-balik umah-mandi-update Facebook-tido.. Zzzzz!!
i am Datin Paduka Nunu at 10:18 PM 0 homo sapiens
Will b updated tomorrow! (insya Allah!)
sodakollohul'azim~
i am Datin Paduka Nunu at 2:49 AM 0 homo sapiens
AWARDS!! *sungguh best..~ngeeee!*
Tuesday, June 23, 2009
ni semua dari RoOzU a.k.a. Marie yang tercinta!
THANX A LOT FOR THESE THOUGHTFUL AWARDS!!
*nanti ingatkan akak ade tag dari RoOzu yang akak masih belum buat lagi. ngee!!
ini award cute dari Shaza!
*tengs soo much, sis!!
awards ni pulak dianugerahkan oleh MissNurul
*TENGS!
THANK YOU semua!
kalu ada award yang aku tak post tu, remind me ok.
aku ni absent-minded skett.
maklum le, dah makin sizen!
*huhuhuhu
i am Datin Paduka Nunu at 6:45 PM 0 homo sapiens
MY BABY BOO..TASNIM
dah umur 10 bulan dah, tapi aku kenal melalui pix aje..
kenapa aku tak penah jumpa?? baby Tasnim & family memang tinggal kat Kota Bharu. aku pulak dah lama tak balik kampung. sejak Abang g training, aku tak balik kampung. jadi, tak jumpa lagi la.
& insya Allah, 28/6 ni aku akan dapat jumpa pegang kiss baby Tasnim si mata jelly for the 1st time... insya Allah!!
YIPPIDEEEE!!!! YEY3!!!
Tasnim & kakaknya Salsabila serta umminya, Kak Ja, Kak Num & Adik Yani akan datang ke rumah aku. berdebar pon ade ni sebab tak penah jumpa/pegang dia lagi. Geram! heeeee~~
Tasnim & umminya, Kak Jaa.
Aku suka mata jelly nya & bibir mungil nya ittew!
Geram betul tengok ~ish, Cik Ra geget karang!
Tasnim masa tecik!
ini Salsabila, kakak Tasnim
seorang pencinta haiwan *hehehehe
ini Kak Jaa & suaminya, Abe Mie
*EYE10, ni la abe mie, mung ingat lagi dok?
Oh, aku TERUJA nak jumpa baby Tasnim!! nak kiss dia banyak2!!
Sekian.
i am Datin Paduka Nunu at 1:12 AM 0 homo sapiens
Picnic di Pulapol! ahoyy!!
Sunday, June 21, 2009
Pagi tadi Abang sms aku, tapi aku tak dapat balas sebab dah kehabisan kredit. Aku terus keluar pegi beli topup. Rupanya Abang suruh aku pegi Pulapol sebab hari ni boleh melawat. So, bila sampai umah, terkelam-kabut la aku masak apa2 yang patut. Dah jadi kebiasaan aku masak & lunch dengan Abang kalau aku boleh melawat dia.
Tapi hari ni gempak sket aa sebab kawan2 Abang nak makan sama2. Pening jugak pikir nak masak apa, terus teringat ikan patin! So, aku menu utama aku hari ni : Ikan Patin Goreng Pedas. (aku ubah sikit resepi ni, banyak bahan tak ada). Selain tu, Abang request sayur masak lemak & kawan2 dia semua nak telur goreng mata. (siap mintak bawak kicap! ohohoho!)
Penat juga nak setelkan semua tu (untuk +-10 orang) dalam masa 1jam setengah. Ye la, aku kan amatur lagi. Tak terel langsong masak2 ni, so mencabar la task kali ni! *hehehehe Hell kitchen sunggoh yu!!
Alhamdulillah, siap on time. rest sekejap & mandi. then, kemas segala makanan yang nak dibawak tu, masukkan ke dalam bakul picnic aku.
Tak setel lagi, aku angkut laptop2 kawan2 Abang masuk boot kereta pulak. mujur Erin tolong tanpa disuruh. THANX, RIN!! banyak jugak la.
Pukul 1.30pm aku dah jumpa Abang, Faizal, Epul, Allias & Juwaidi. Then, Harris, Aizat, Farizan & tunang dia join. Tunang Faizal, Ida pon join jugak. Lan paling lambat datang.. (kesian Lan... tak sempat makan.) so, memang meriah la port kitorang. Seronok betul makan bawah pokok ramai2 gitu. Kitorang je yang lepak bawah pokok, duduk atas rumput je. (tu pon sebab semua kerusi dah penuh!*hahaahaha)
Sebab syok makan, lupa aku nak snap pic masa tu. Oh, ya... Alhamdulillah, diorang kata masakan patin aku sedap & LULUS! yey!! tak hanyir itu penting ok! *hahahaahaha!! THANX UOLLS!! berdebar sangat sebab ni 1st time aku masak ikan patin, memang main hantam saja la!
Lepas makan, kitorang ada acara tayangan perdana*heheheeh.. pasang DVD diorang masa kat PLPGA, Ulu Kinta. memang ade yang kelaka gila! Kuat betul gelak sorang2.. maklumlah, jantan2 semua suara.. garau kasar gittew! kira port kitorang paling kecoh aa tadi. tapi memang best.
Em, boringnye cerita aku.. Aku RINDU Abang sebenarnya. nape dia tak jawab sms & calls aku ni??? dari tadi lagi.. takpe la. (sentap ok!)
p/s : Abang dah jawab cal & sms aku. ALHAMDULILLAH!! =) tengah isi form penilaian pegawai kanan rupenya.
i am Datin Paduka Nunu at 9:44 PM 7 homo sapiens
MODEL BERTUDUNG
CONTEST lagik! *hehehehee
untuk menghibur hati yang remuk redam ini & melayan mata serta otak yang tak boleh tido ni, aku blowalking & terjumpa contest yang best nih.. dari blog UMMIE_MIRAHAZIQ. yang bestnya contest ni semua boleh join.. dewasa @ kanak2. Memandangkan aku tak ada anak, aku sendiri la nak join ok! *nak letak pic anak buah sebenarnya, tapi rasa tak fair pulak letak sorang je sedangkan aku ade ramai anak buah perempuan & syarat contest cuma 1 pic aje*
semua syarat2 penyertaan korang boleh tengok kat sini.
harap2 ade rezeki boleh menang
*verangan tak hengat*
i am Datin Paduka Nunu at 6:41 AM 4 homo sapiens
Tajuk : TAK Happy - Down Gile - baik gi jumpa psychiatrist la aku!
Saturday, June 20, 2009
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tapi aku tak happy. "Krisis" yang 2 hari lepas masih tak settle2 lagi. Bila aku cakap ngan 'dia' semalam 'dia' mendengus. Aku kecik ati. serius. Aku cuba nak buat keadaan back to normal, tapi tak guna apa2.
Aku paling close ngan 'dia', tapi sekarang 'dia' dah jauhkan diri dari aku. Salah ke aku tegur 'dia' bila 'dia' buat salah? 'Dia' buat aku macam orang bodoh tapi sekarang aku yang kena terhegeh2 betulkan keadaan, 'dia' merajuk sebab aku bebel pada 'dia' yang 'dia' anggap aku marah. emmm, aku belum marah 'dia' depan2. sebab aku tau macamana angin aku bila marah orang depan2. Seboleh2nya aku nak elak semua tu. & pls... 'dia' belum tengok aku marah secara LIVE ok.
ye aku tau, aku memang tak berjaya & tak lawa macam 'dia'. aku pun gemuk & hodoh. aku jobless. mungkin aku banyak susahkan 'dia' kot.
"Ko" pulak buat aku tambah down. minta maaf. tapi memang "ko" banyak berubah sekarang. Aku nak "ko" yang dulu. Tapi "ko" kata aku tak boleh tegur "ko", "ko" yang ade hak tegur aku. Jadi aku kena akur.. aku tak ade hak & tak boleh bagi "ko" apa2 teguran jika "ko" buat silap apa2 sebab aku TAK layak.
"Ko" kata "ko" TAK BOLEH TURN BACK.
WHY NOT?! aku boleh turn back setelah banyak benda havoc aku buat dulu... "ko" lagi la tak terlambat nak turn back. baru je berubah sikit2. silap aku jugak sebab terlalu yakin yang "ko" akan tetap jadi insan baik selama2nya. Aku lupa Tuhan boleh balikkan hati "ko" bila2 masa saja. tapi sebenarnya bergantung kepada "ko" sendiri macamana "ko" ubah diri "ko".
Aku kecik hati, aku rasa kecik & tak setaraf dengan "ko" & 'dia'. aku & "ko" serta aku & 'dia' dah jadi macam strangers sekarang. "ko" & 'dia' kerja best, educated & berpangkat. aku tak ade apa2. Aku tak berguna & sekarang dah tak diperlukan lagi dalam hidup "ko" & 'dia'.
Aku tau compare dengan perempuan mana2 pun, aku memang LOW sebab memang tak ada apa2 pada diri aku yang boleh "ko" & 'dia' banggakan. gemuk, hodoh, tak de kerja, membebankan, suara weird, tak mengandung2 lagi, selekeh & macam2 keburukan aku. sape yang akan bangga?? NOBODY! not even me. I M NOT PROUD OF MYSELF AT ALL either! Aku sedar tu tapi aku tetap rasa sangat sedih.
"Ko" kata aku sakit. Aku kecik ati. "ko" tak ngaku "ko" dah lain.. dah berubah, aku nampak & aku rasa perubahan "ko". jadi aku tegur sebab aku tak nak "ko" jadi worse. Aku sayangkan "ko". "Ko" gelak & marahkan aku. Aku kecik ati.
Aku rasa aku tak nak lagi sehidup semati dengan "ko" & 'dia'. walau macamana pun, "ko" & 'dia' tetap nyawa aku... & sebab "ko" & 'dia' nyawa aku la, aku rasa macam ni. Kalau Tuhan izinkan, aku nak mati dulu dari "ko" & 'dia' sebab aku tak sanggup nak hadapi hakikat yang SATU hari nanti "ko" & 'dia' akan buang jugak aku ni dari hidup "ko" & 'dia'.
amin.
AKU RINDU "KO" YANG DULU
hati aku amat hancur sekarang
kan bagus kalu aku tak jumpa "ko" & 'dia' dulu? kalu aku hidup sendiri sejak dulu. aku rindu life aku yang dulu, yang tak ada sapa2 tapi aku happy.
i am Datin Paduka Nunu at 6:43 PM 8 homo sapiens
Betul ke orang kata air dicincang takkan putus? tapi, kalau tutup paip, "putus" jugak kan air nya?!!
Friday, June 19, 2009
akutaklawadantakeducatedmacamko
akutakberkarierkokejebagusakujobless
akutakadaapaapayangbolehdibanggakan
terimakasihbanyakbanyak
Nothing much i can say. it ends here.
thankyougoodbyeiloveyou
i am Datin Paduka Nunu at 3:35 AM 4 homo sapiens
PATIN??eeeyuck!
Thursday, June 18, 2009
Penat aku googling masakan untuk ikan patin ni.. *sigh* banyak masak tempoyak aje! aku kureng masak tempoyak, geli tekak.. tapi abang memang feveret gile masak tempoyak.. aku suka goreng2, goreng pedas ke. so, akan aku try la.. harap2 menjadi, insya Allah.. em, kalaulah Abang ada, mesti dia tau nak buat macamana. Abangkan orang kampung.. biasa sangat ngan ikan sungai & biasa menjala ikan.
Aku ingat lagi masa 1st time aku ikut Abang & ayah ibunya (sekarang bapak & mak mertua ai ok!) g menjala ikan sungai.. dengan terpaksa meredah semak samun, berjalan dalam paya.. aku sampai terjerit2 geli & takut! puas mereka "sssh-sssh"kan aku! Ayah kata mulut aku ni bising! *hahahahaa! ampun ya dedi & mami! last2, ayah & abang tinggalkan aku mandi sungai ditemani oleh Mek (ibu mertua aku). seronok weh aku mandi sungai!! maklumlah, kat kampung aku mana ada sungai. Sampai sekarang setiap kali balik kampung Abang, mandi sungai tetap jadi agenda utama aku!!
1 lagi, ni masa belum kawen jugak, jungle trekking kat Sungai Berkelah, Pahang. Cuma aku, Mek & Ayah.. aku ikut diorang nak cari akar kayu. Kat sana ade 7 tingkat air terjun. Aku berkobar2 nak naik sampai air terjun ke-7. Ayah & mek dah tak konfiden la ngan aku. Diorang cakap aku orang bandar, boleh ke? Memang TERBUKTI... aku tak boleh!!! HAHAHAHAHAA!! tak sampai air terjun 1st lagi aku dah gelap mata nak pitam... berpeluh sejuk!! aku suruh diorang je naik ke atas, tinggalkan aku rest tengah2 jalan, maunya diorang nak tinggal aku! Last2 selamat jugak la aku sampai air terjun 1st..Alhamdulillah.. sian Mek & Ayah, tak jadi teruskan perjalanan.. kitorang pun balik & aku jadi bahan kutukan jugak sekejap! huhuhuhu
appaddaaa aku mengarut. dari kesah ikan patin jadi macam2 cerita la pulak!!! ampun! nanti aku hapdet lagi pasal ikan patin ni bila aku dah berjaya masak..huhuhu..insya Allah...
sekarang tatap la ikan patin yang menggetarkan jiwa raga aku ni. *harun betul! hanyir semerbak tangan aku nih!! eeeyuck!!!!
oh ya.. aku ingat nak masak patin goreng pedas petai.. tapi, tengok aa, nak tunggu Abang balik weekend ni (kalu dia boleh balik..)..insya Allah!! ikut resepi ni.. macam senang jugak, kan?
1) Ikan Patin (4 potong)
2) Petai (100g)
3) Serai (3 batang)
4) Bawang Merah (5 ulas)
5) Bawang Putih (2 ulas)
6) Halia (1 inci)
7) Pes Cili (3 sudu besar)
8) Air Asam Jawa (1 sudu besar)
9) Serbuk Kunyit (sedikit)
10) Gula (secukup rasa)
11) Garam (secukup rasa)
Perapkan ikan bersama kunyit dan garam.
Ketuk serai. Tumbuk hancur halia, bawang merah dan bawang putih.
Goreng ikan hingga garing dan masak. Angkat dan ketepikan.
Goreng petai. Apabila layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama, tumis bahan yang ditumbuk.
Masukkan pes cili, garam, air asam jawa, gula dan serai. Kacau hingga aroma serai sebati bersama rencah lain.
Masukkan ikan dan dan petai tadi. Kacau sebentar dan hidang.
(aku google kat sini : siap ade video)
i am Datin Paduka Nunu at 5:07 PM 3 homo sapiens