skip to main | skip to sidebar

About Me

My photo
Datin Paduka Nunu
don't simply believe all u hear, spend all u have & just sleep all u want!
View my complete profile

snowy!


Get your own Digital Clock

me humming!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Followers

recent comments

↑ Grab this widget

herStory!

  • ►  2015 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (10)
    • ►  November (5)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (2)
    • ►  June (2)
  • ▼  2009 (206)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (13)
    • ►  August (9)
    • ►  July (17)
    • ►  June (18)
    • ▼  May (24)
      • Speechless
      • Proud To Be 30!
      • Farewell, My Lovely!
      • I MISS U, ABANG!!!
      • TERIMA KASIH pada yang sudi bantu time aku susah!
      • Streamyx oh Streamyx!!
      • Aku kah Itu?????
      • Aktiviti sepanjang aku offline! [v.1.2)
      • Tag from Zura!
      • Dizzy!
      • Tag dari Kak Geli-geli!!
      • Aktiviti sepanjang aku offline! [v.1.1]
      • SELAMAT HARI JURURAWAT!
      • TAG & TAG dari adik RoOzu!!
      • Maafin Datin ya!!
      • HAPPY MOTHER's DAY
      • HAPPY BIRTHDAY
      • Award from Syeira!
      • TAG pari2 sorga!
      • Coman tak anak aku? *hehehe*
      • Award & Hutang TAG!
      • Cerita hari Ahad pulak...
      • Suamiku pulang!!
      • Accident
    • ►  April (39)
    • ►  March (40)
    • ►  February (26)
    • ►  January (8)
  • ►  2008 (7)
    • ►  December (7)
Plurk.com

my YM

MY PET

\(^o^)/



....sehidup semati....insya Allah!







...my hero!

mom & me

tasnim si mata jelly!

yanie & erin

XOXO



MY PRIORITIES!!

  • MISS GELI-GELI
    5 years ago
  • Kak Senduk
    7 years ago
  • Maajun Anggun Bistari (MAB)
    8 years ago
  • DATIN MINAH KIWI
    8 years ago
  • SYAZNI
    8 years ago
  • * enam jun enamploh enam-UJI
    9 years ago
  • KAIN SPECIALIST!!
    9 years ago
  • Hanis Zalikha
    10 years ago
  • ZAMZURA
    10 years ago
  • YANA
    11 years ago
  • PUAN SERI RAMA MAINY
    11 years ago
  • ++M.Y O.T.H.E.R H.A.L.F++
    11 years ago
  • I LUV MY LIFE
    12 years ago
  • *** BERSAMAMU SELAMANYA...***
    12 years ago
  • Pauh Putik al-Jeruk!
    13 years ago
  • PROF. LATIFF
    13 years ago
  • ||miss lolly's page||
    13 years ago
  • F r O m TRONG w I t H l O v E
    14 years ago
  • CUIIT on BLOGGER
    14 years ago
  • budakmaher
    15 years ago
  • Mt Yie
    15 years ago
  • CUPIE!
    15 years ago
  • Abe Shide
    16 years ago
  • P-na Rai
    16 years ago
  • McLA
    16 years ago
  • ::ADIK MANISS::
  • like really really?
  • Sue Anna Joe
  • Mak Hayam Gebuss Azwana Alia!
  • a tribute to... MAXIMUS
  • ANNURAIN
  • N.O.V.E.E.
  • Cute Icon Emoticon
  • Catatan Seorang Askar
  • ✖ Xang ✖
  • Dari Sudut Perspektif: Blog Rasmi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
  • The Bogus Circus: Bila yg Ciplak Sebest yg Ori
  • ImahLenggok
  • CIK SITI
  • KUKI MANSTER

To the left!! To the left!! *whistle*

Happily Ever After

GUESTBOOK

BLA-BLA-BLA!


ShoutMix chat widget

Speechless

Thursday, May 28, 2009

Semalam Mei 27 birthday aku yang ke 30. & semalam aku dapat berita yang agak mengejutkan & meluluhkan hati aku. Tapi Alhamdulillah, aku dah ok sekarang, dengan semangat dari kawan2 rapat aku.

Aku gi klinik semalam sebab dah tak tahan sakit aku dah. Aku ingat aku boleh tahan sampai Abang abis training, aku nak gi klinik dengan dia. Tapi tak kuat rupanya aku. Allah yang menentukan, ye tak?

Doc pun tak sure apa sakit sebenar walaupun dia ada syak sumthing. ciri2 tu ade : badan naik & sembap, jerawat, menstrual, hairy etc. & bila dia sentuh tempat aku sakit, dia rasa "penuh". erm.. dia ada bagi surat untuk aku refer pada pakar. Yang lecehnya kena buat appointment dulu la, biasa la hospital kerajaan. Aku tak buat appointment lagi sebab tak larat nak drive ke HKL, tunggu la bila dah ok sikit aku akan gi HKL tu.

Mula2 tu memang aku tak bersemangat langsung. Aku tak boleh tidur. Sampai sekarang aku tak tidur lagi, dari 26 Mei. *hehehe..very the specific la aku ni! Aku sangat2 perlukan Abang! Sedih gile! Aku harap Abang call aku, aku nak luahkan pada Abang. Tapi, kalau aku bagitau Abang, bukan ke akan mengganggu hati perasaan dia kat sana pulak. Kesian Abang nanti.

Tapi sekarang aku dah ok sikit, Alhamdulillah.

Sakit aku bukan teruk sangat pun, aku still boleh berjalan, driving, layan internet, kira ok la tu, rite?! *hehehehee Cuma sakit tu agak sakit la *tak tau nak explain. Sekarang aku start demam pulak, dugaan.

Next week or the week after, kakak aku, Kak Ma akan bawak aku ke Hospital Klang untuk scan & fully check up, insya Allah. Sekarang tak boleh lagi sebab Kak Ma nak balik Kelantan & parents aku pulak nak datang sini, kebetulan diorang nak anta Erin. Erin akan start keje 1/6 ni. Kak Jaa pulak beriya2 suruh aku balik kampung, kat KL tak de orang jaga katanya. insya Allah, aku boleh tahan ni rasanya. Aku rindu Abang! :(

Aku harap parents aku tak akan paksa aku balik kampung ngan diorang. Aku perlukan Abang, kat sini aku rasa kuat sebab Abang. Oh ya, dah confirm hari Ahad ni parents aku & Erin akan sampai dari kampung. So, aku ingat nak kena settlekan umah sikit sebab ni adalah kunjungan 1st parents aku ke umah ni sejak aku & Abang kawen. *Lagipun, ayah aku garang ok!hahahaahah

Mungkin 2-3ari parents aku kat sini aku tak on9 kot..nanti ayah marah main internet aje! hehehee. Ok, nanti dah confirm apa sakit ni sebenarnya aku akan inform (tapi depends pada mood aku la kot).

Ironic, berita ni aku terima on my birthday. hurm, sape suruh aku gi klinik masa harijadi, kan.. padan muka aku sendiri! dapat the "best" birthday "gift" ever la... hahahaha

Doakan aku ok. Aku harap sakit ni tak teruk macam apa aku fikir. Aku perlu semangat dari kawan2 semua. Aku harap aku kuat untuk hadapi semua dugaan ni, insya Allah.
TERIMA KASIH semua! :)


Abang, i really need u!!

i am Datin Paduka Nunu at 6:31 AM 12 homo sapiens  

Proud To Be 30!

Wednesday, May 27, 2009



ALHAMDULILLAH...
hari ni 27 Mei aku diberi peluang untuk menyambut hari ulangtahun ku yang ke... 30!!! syukur....

Sempena birthday aku ni, aku berdoa kepada Allah agar jodoh aku & Abang akan berkekalan bahagia ke akhir hayat & moga kami dikurniakan zuriat tahun ni.
Semoga Allah akan memurahkan
rezeki aku & Abang.
amin
MyEm0.Com

dah 30 tahun dah aku ni ye... bangga betul rasa! serius.. aku bangga
:)
MyEm0.Com
HaPPY BiRtHDAy
to
diri aku sendirik!


dengan penuh style aku persembahkan untuk diri aku sendiri
...lagu birthday!!
MyEm0.Com



Birthday tahun ni tak best sebab aku betul2 sorang. Abang tak ada.. Erin pon balik kampung.. semua tak ada la. aku sorang2. sedih betul aku rasa.
MyEm0.Com
Untuk tak menghampakan diri aku yang emo ni, aku pon beli la kek kecik je.
*hehehehehe

& aku tiup lilin ditemani CLEOPATRAMyEm0.Comsi kucing bermata merah (mata dia nampak hitam aa dalam pic ni..tapi sumpah mata dia kaler merah!)

& jugak Sherry, MyEm0.Comteddy bear maroon berbontot wangi macam cherry yang Abang hadiahkan pada aku secara paksa 5 tahun dulu. *hehehehehe

hurm... aku rindu Abang sangat2..
MyEm0.Com


apa2 pon, kesedihan aku terubat dengan birthday wishes dari Abang *time kasih Abang sebab sanggup bersusah payah cari public phone jauh2 untuk call Sayang! Sayang rindu Abang!, Erin, Adik, Kak Ma, Apex, Toh Puan Tini Joe, Cik CT, Pina, Fifi & semua kawan2. TERIMA KASIH BANYAK2 pada semua kawan2 yang wish HAPPY BIRTHDAY kat aku via sms & facebook.
kamooo semua buat aku HAPPY & tak rasa lonely sangat.

MyEm0.CoM

i am Datin Paduka Nunu at 12:49 AM 16 homo sapiens  

Farewell, My Lovely!

Sunday, May 24, 2009

Saja tajuk test market! hehehe.. tajuk tu sebenarnya adalah tajuk sebuah novel karya Raymond Chandler yang diterbitkan pada tahun 1940. best cite nih! kalo korang nak tau korang google sendirik aa ek! hahaha.. sebab aku pon ingat2 lupa cite dia. yang aku tau cite ni best. aku study novel ni masa d UM dulu.

ok, ekceli aku bukan nak cite pasal cite Farewell, My Lovely tu.. aku nak tunjuk farewell card yang aku buat untuk Abang. *eleh.. berpisah sebulan pon bagi kad farewell bagai kan!huhuhu Aku saja buat kad ni sebab tak tau ape nak bagi Abang sebagai tanda aku rindu dia.

jarang2 aku buat kad sendiri, tak berapa rajen sebenarnya. kalu zaman aku skolah & study d UM dulu aku memang aktif la buat2 kad. sekarang, MALAS! *hehehe

ok, ni the pix.. layannnnn.. zassss!!!










aku cuma beberapa kali je buat kad untuk Abang.. salah satunya di sini.

i am Datin Paduka Nunu at 3:35 AM 7 homo sapiens  

I MISS U, ABANG!!!

serius, aku rindu gile kat Abang sekarang! padahal baru je jumpa ptg semalam. em.. Abang masih ada di Pulapol sekarang. Lepas subuh nanti katanya diorang semua akan bertolak ke Ulu Kinta, insya Allah. Aku tak boleh tido langsung, walaupun sekarang Pina ada tido kat sebelah aku ni. aku rindu Abang sangat2...

Pagi nanti jugak Pina akan balik ke Shah Alam semula. lagi la sunyi aku rasa. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ni. amin.

Aku doakan Abang selamat pergi & balik ke sini nanti. Semoga Abang & kawan2 akan selamat menjalani latihan kat sana. Kesian Abang, selama lebih kurang sebulan kat sana, abang & kawan2 memang kena menjalani latihan yang ketat, takkan rehat walau 1 hari pun. Harap Abang dapat bertahan, aku juga.. insya Allah..

Pagi semalam kan, sebelum aku gi jemput Abang, aku nak masak la. Sekali gas abes!! aduii la.. Tension bangat gue!! ingat nak masak spesel untuk Abang. Ye la, nanti sebulan dia tak boleh rasa masakan aku. Pastu, dengan segala kudrat yang masih bersisa ini *ceh! aku pun mengangkat tong gas kosong *yang walaupun kosong berat dia Masya Allah! turun dari tingkat 3 terus letak dalam boot kereta. Sekali gi ambik Abang, hoh, banyaknya barang2 Abang bawak balik!! Alamak, muat ke boot kereta ni. Alhamdulillah.. muat jugak walaupun Abang dah membebel2 kat aku sebab ngada2 angkat tong gas dari tingkat 3 pulak tu. Risau katanya.. *ala, ye la tu risau! Sempat lagi aku menjawab bahawasanya aku saja nak test kekuatan aku! hehehehe. Lagi ditembaknya aku ngan kuasa bebelan Kurasaki Ichigo dia tu & terus aku comolot sikit kasik diam! *heheh Of course la berjaya mendiamkan Abang sebab dia tu allergic kalu aku nak bermesra2 alam sikit kat public. Bagus laki aku ni.. *huhuhu

Alhamdulillah, sempat jugak aku masak untuk Abang sementara Abang kemas2kan barang2 dia & barang2 kawan2 dia yang ditumpangkan ke rumah aku. *dah rupa cam kem askar dah bilik aku nih! hehehee. alah, bukan barang2 ape pon yang kawan2 Abang tumpangkan.. laptop & broadband jek sebanyak berpuluh ratus unit yang mana aku bebas menggunakan para2 sakura broadband-broadband tersebut! wallaweh! mewah laptop & broadband aku bulan neh. *hehehehe boleh la berinternet-ing sesuka hati. *huhuhuhu See, Allah Maha Besar. Dia tolong aku dengan kemudahan2 ni. Alhamdulillah...

erm.. ape bende lah aku menceceh ni kan.. membosankan korang jek kan. Sori ek!

Aku rindu Abang yang sporting.. tadi aku saja2 cakap kat abang yang aku minat gila kat kawan dia. *hehehe

Aku : Bang, Sayang suka aa tengok si Polan! Sayang minat la kat dia! Boleh tak, Bang??

Abang : Boleh. Tak salah pun. *muka selamba gile ah wa cakap lu!!


Aku & Pina dah gelak sakan!

Aku : Betul ke ni, Bang??! ish, Sayang kalu tengok je si Polan tu, perghh... cairrrr!!! Tinggi, tough.. mujur le ade banyak pix dia dalam laptop neh. bole Sayang melepas rindu!!

Abang : iye? Sayang tau, ramai orang cakap Abang & si Polan adik beradik. Sama ke kitorang neh?

Aku : erm.. korang tinggi & badan lebih kurang sama. Pastu pulak g mana2 aje mesti sama2. buat jenayah kecil2an pun mesti sama. hehehehe. Eh, Abang nanti kirim salam sayang kat si Polan ek.. kata Sayang minat gile & rindu ah kat dia.. hahahahaha

Abang : don't worry.. Abang bagitau dia nanti, Abang no hal!

Malam tadi...

Abang : Sayang, Abang dah bagitau si Polan Sayang kirim salam sayang kat dia, Sayang minat dia!

Aku : hah!!?? biar betik, Bang!!! betul ke Abang bagitau dia??

Abang : betul!!

Aku : Gile weh! Owang gurau je la! Apa respon dia?? masyukk tak?? hahahahaaha

Abang : Dia malu2!

Aku : Bengong!! tak caya la! *mampos aku malu kalu betul Abang bagitau dia tu!

Abang : hah, cuak la tu!! Takde la, Abang tak bagitau la. Abang kenal Sayang cemane, tak berape 'betul', sengal & gila2!

Aku : oh, sedihnye... *sambil memanggil2 menyeru2 nama si Polan! konpem tersedak la si Polan tu!!hahahah

Abang : ish, bini aku nih! hehehe

Sporting kan Abang?! em, tu buat aku sayang kat dia.. dia tau aku macamana. tapi, kecik ati aku Abang kata aku tak berape 'betul' tau...ceissss!!!! *hehehehee

Pastu kan.. kat umah tadi aku borak2 ngan Abang.. borak2 mesra suami isteri gituh! *heheh

Abang : Sayang, ade 1 bulan lebih je lagi Abang nak abes training.. tak sabar betul.

Aku : yak2!! *sambil menggelepar!

Abang : Nanti Abang dah abes training nanti, Sayang dah boleh stop blogging ye..

Aku : Owh!! NO! NO! NO! NO! NO! No way, bebeh! Tak bleh! Tak bleh!

Abang : Apesal pulak? Kan Abang dah ade kat umah.. Sayang tak sunyi lagi.

Aku : Tak boleh, Bang! Abis aa market Sayang! *hahahaaha Lagipun, BLOGGING IS A WAY OF LIFE! *boleh gitu??

Abang : Banyak la Sayang punya way of life. Solat is a way of life la..

...kata2 Abang sambil dia meng"American Pie"kan aku mematikan perbualan!! Mak penat, nokss! *hahahahaaaha

Nape ye aku publish kan conversation aku & Abang kat sini? em, aku rindu Abang!

Ya Allah, lindungilah suamiku & semua orang yang aku sayang daripada segala musibah & kesedihan. Permudahkanlah hidup kami, murahkanlah rezeki kami. amin.

i am Datin Paduka Nunu at 2:17 AM 3 homo sapiens  

TERIMA KASIH pada yang sudi bantu time aku susah!

Saturday, May 23, 2009

Pagi nanti Abang akan balik sini kejap. outing je sampai pukul 8 malam. Esok (Ahad), subuh2 lagi Abang & semua PIT akan bertolak ke Ulu Kinta.

MyEm0.ComSedihnya rasa.. Kalau aku ada prob, pada sape aku nak ngadu ye. *selain daripada Allah. Biasanya apa2 aku memang bagitau pada Abang. Ni Abang pegi sana sampai akhir bulan Jun ni (insya Allah), aku rasa lost sangat. Jauh sangat.

Sebelum ni dah ramai kawan2 aku & adik2 aku suggest supaya aku balik kampung aje, dok ngan family sementelah nak tunggu Abang abis training ni. Abang pun suggest macam tu, mengenangkan aku takut dok sorang2 sampai tak tido malam, kesihatan selalu drop & financial yang tak menentu. tapi aku tak nak. memang aku berkeras tak nak, aku nak dok sini je. degil kan aku??

nak tau kenapa aku nak terus dok sini aje & tak nak stay tunggu Abang tamatkan training kat hometown aku je? sebab .....

- kalau aku balik dok kat kampung, aku rasa JAUUUUUHHH sangat2 dari Abang!! siyes!! memang aku rasa lemah & sedih sangat kalau jauh dari Abang.MyEm0.Com *umah aku ni cuma 4km ke Pulapol. harap maklum.


- kalau aku balik kampung, bila aku rasa rindu gile kat Abang, mesti aku tak boleh nak round2 depan Pulapol macam biasa aku buat sekarang.

- kalau aku balik kampung, aku tak dapat tolong Abang bila dia perlukan apa2. eg : Abang nak makan apa2, sape nak masak untuk dia? Abang nak balik umah, sape nak pegi jemput dia? Abang perlukan barang apa2, sape yang nak belikan & uruskan untuk dia? ... kalau bukan aku, isterinya..

Dan, atas alasan2 di atas, aku kekal berada di sini, Taman Keramat Permai yang permai! *hahahaha em, aku harap aku boleh hadapi sebulan jauh dari Abang ni, insya Allah.

MyEm0.Com*sigh*

hurm... masa mula2 "kehilangan" internet last Tuesday, aku memang bosan & agak sedih jugak sebab dah tak de aktiviti nak buat esp. bila malam2 aku tak tido tu. MyEm0.Commula2 nanges jugak la sebab memang stress le. kalau ada teman, ok la.. ni aku sorang2. arghhh!!!MyEm0.Com then, masa ni jugak sebenarnya aku boleh tau sape orang/kawan/sedare yang betul2 ikhlas dengan aku tak kira time susah @ senang. *aku tak akan cerita kat sini la apa dah jadi.

dipendekkan cerita, malamnya (hari selasa tu), Apex datang kebetulan nak ambil sijil2 Erin (adik aku). Erin minta tolong poskan kat dia di kampung. Aku terharu sebab dia bawak nasik goreng paprik untuk aku! MyEm0.Comok, untuk makluman, sejak Abang training & aku resign, financial kami amat2lah meruncing memandangkan Abang cuma mendapat gaji basic sahaja yang digunakan untuk bayar pelbagai bil setiap bulan. Aku selalu makan maggi @ nasi & telur ok! tapi aku memang tak kesah susah macam tu. aku makan je apa yang ade, itu rezeki. aku try masak special bila Abang balik @ ada tetamu je. kalu aku sorang, aku bedal aje la *hehehehee tapi amatlah musykil sekali kerana badan aku menten gemuk je!!! *hahahahaaha


ok, pastu, bila Apex nak balik, dia bagi aku $ pulak! memang aku terkejut & nak menangis! siyes, aku terharu sebab aku tau Apex pun financial tak stabil jugak sekarang dengan macam2 probs dia. Aku tolak tapi Apex berkeras suruh aku ambil & dia letak $ tu kat atas meja. Apex kata dia tak kesah sebab dia ingat lagi masa dia mula2 kerja kat opis aku & tak ada $ langsung, "kak nora jugak tolong Apex, bagi Apex $". siyes, aku pon dah lupa semua tu. *nak nanges dah masa tu, tapi tahan2. lastly, aku terima jugak. Apex ajak aku tido kat umah dia, kat sana ada internet, Auntie Katy & Nana & baby Tyara pon ada, so, aku tak sunyi, tapi aku tak nak sebab aku malu. memang aku sangat2 sebak & terharu & pecah jugak tangisan aku lepas Apex balik. MyEm0.Com*terima kasih, Tuhan & murahkanlah rezeki Apex. Apex, insya Allah, kak nora takkan lupakan kebaikan Apex ni. thanx banyak2!

tu la insiden paling menyentuh hati aku Selasa yang lepas. korang imagine macamana perasaan aku bila aku mintak tolong *bukan mintak $$ ok! orang yang agak senang/kaya/mewah tapi dia/mereka refused untuk membantu & orang yang sama susah dengan aku pulak yang tiba2 datang ringankan masalah aku. bayangkan apa aku rasa..MyEm0.Com


ok, then, Sudin *kawan platun Abang pulak sudi nak bagi pinjam broadband dia sementelah diorang semua akan ke Ulu Kinta selama sebulan, so, dia tak guna broadband tu. Sekarang, adik angkat aku, Pina datang temankan aku sementara dia tak ada kelas. & tadi fifi bagi aku pinjam broadband dia untuk hilangkan sunyi aku. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan suami, adik2 & kawan2 yang baik hati.

Bila time susah macam ni la aku kenal sape kawan sebenar. & ekceli aku selalu pikir, ade lagi orang yang berkali ganda lebih susah daripada aku & aku kena redha & bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Sabar itu penting! *hehehehe ye, aku musti kuat macam harimau kuat!!!! *aummmm!!!!MyEm0.Com

Untuk Abang, Erin, Yani, Apex, Pina, Fifi & kawan2 Abang yang banyak bagi aku semangat, TERIMA KASIH banyak2.. semoga Allah murahkan rezeki kamu semua & berkati hidup semua. amin. & aku mintak maaf sangat2 sebab aku selalu menyusahkan korang semua terutamanya Abang!
Ampunkan Sayang sebab bebankan Abang..MyEm0.Com

*aku malu sebab selalu nyusahkan orang. apelah aku ni... memang USELESS!! MyEm0.Com

i am Datin Paduka Nunu at 2:20 AM 4 homo sapiens  

Streamyx oh Streamyx!!

Assalamualaikum..

aku "terpaksa" menahan gian untuk berblogging & berfacebooking sebab streamyx aku kene potong!!! *inilah akibatnya kalu bayar ansur2!huh!! gile la TM, muka aku tak bayar langsung la bulan2..aku bayar tau!! takleh compromise pun!!!

ni aku pinjam broadband Fifi. insya Allah, sok Abang boleh keluar outing, dia akan bawak balik broadband kawan dia. *thanx banyak2, Sudin. So, dalam jangkamasa sebulan sehingga tengah bulan 6 ni aku masih boleh berblogging.. Lepas tu, wallahua'lam...

plan kami nak potong terus Streamyx buat masa sekarang & maybe satu masa nanti akan sambung balik.. tunggu financial ni stabil balik daa...insya Allah..amin. plan untuk ambik alih broadband fifi ni je..*sambung bayar harap2 jadi la.

tapi, yang tak best sikit sebab broadband ni line dia selalu drop jek!! on-off! hurm... takpe..takpe..at least, aku bersyukur sebab masih boleh surf internet.. Alhamdulillah!! *terima kasih ya Allah!!

ok.. nanti aku update lagi ye.. nak masak2 sikit.. abang nak balik esok.

i am Datin Paduka Nunu at 1:00 AM 2 homo sapiens  

Aku kah Itu?????

Tuesday, May 19, 2009

acu cuba try korang tengok beza aku dulu & sekarang!!

ni dulu.. 12/05/2006


ni sekarang... 16/05/2009

Gemuk gila ok!! beza sangat after 3tahun!! dari single - married.. wooooo!!!

ok, dalam entry ini, aku ada cakap nak masak ikan singgang untuk abang.. ni la dia.. tadaaa!!
ikan singgang adalah yang berada d kedudukan jam 3!

aku jugak buat little surprise untuk abang, aku pakai tudung masa g amik dia last Saturday! hahahaha... tersengih2 dia, happy sangat katanya!
ye, saya sangat gembira!
*heh..pandai2 jek aku taruk caption!

sebab aku gumbira, aku buat gaya seorang hattan!

pastu gaya seorang elvis pulak!

bila la aku nak pakai tudung betul2 ni? aku pun tak tau. harap 1 hari nanti aku betul2 pakai tudung & akan tetap hati tutup aurat, amin. Doakan aku ye. *pls, harap no big issue here ok! sekarang aku pakai tudung, tapi jenis on-off.. *sigh*
kamoo mesti pakai tudung ok, sayang!!


i am Datin Paduka Nunu at 2:36 AM 9 homo sapiens  

Aktiviti sepanjang aku offline! [v.1.2)

Monday, May 18, 2009

wachaaa!! sekarang aku rajenkan diri, aku nak sambung balik cerite ape aku buat masa online 2minggu lepas..ke seminggu lepas eh??.. lupa daa...

ok..seminggu lepas la. 10 haribulan, lepas aku anta abang balik Pulapol, erin sms. dia kata dia, Apex, Auntie Katy, Nana, Akim & baby Tyara nak datang amik aku kat umah. diorang ajak aku g tidur kat umah Apex d Kepong. ok, memandangkan dah banyak kali aku refused untuk tidur kat sana, malam tu aku agreed. lagipun, erin pun dah nak balik kampung dah masa tu.

Dipendekkan cerite, sebelum sampai umah Apex, kitorang semua g Uptown Danau Kota dulu. Aku memang tak penah pegi Danau Kota, walaupun umah aku tak jauh pun dari situ. Abang memang selalu tanak bawak aku. *huhuhuhu takut aku rambang mata la tu!!

Esok harinya (11/05/09), jam 2.30pm, kami (aku, erin, Apex, auntie Katy, nana, akim & baby tyara) memulakan misi berjalan2 round kotaraya. *ceh!

uncle tinggal jek kat umah!hahahaha... bagus uncle neh, x ngikut auntie pon! *hehehehe uncle banyak abiskan masa dia kat opis dia (kat umah) tu je. fyi, uncle ni dulu kartunis majalah Gila-gila seangkatan dengan Jaafar Taib, Imuda , Ujang, Rashid Asmawi (from Taiping with love), Don (dan din don), Rejabhad, Fatah Ngah (lagak a.mahmud) etc. Antara kartun dia yang aku ingat : Onk2 Ouk2, Yob Anak Tulakang, Din Teksi & satu lagi kartun ape eh yang budak pakai lampin polka dot tuh! Dia sekarang aktif buat kerja2 grafik.

sedikit info pasal uncle :
Nan
-Zainal Osman (Nan) adalah kartunis yang menghasilkan cerita bersiri Yob Anak Tulakang yang masih disiar semula oleh GILA-GILA. Kartun tersebut antara rating tertinggi sewaktu penerbitan Gila-Gila di era tahun 1980an. Karya ini kemudiannya diterbitkan dalam bentuk koleksi.

Siri kartun Din Teksi turut mendapat tempat dikalangan pembaca Mingguan Malaysia dan mempopularkan nama Nan. Selain itu, Nan turut menghasilkan kartun untuk imej korporat sebuah institusi perbankan.
*aku copy dari internet jek ok!

apedah aku melalut cite pasal uncle pulak. *ya ampun, uncle!!hehehe dah terkeluar dari paksi dah aku nih!

ok, sambung aktiviti aku. mula2 g Plaza GM di Lorong Haji Taib. ni pon 1st time aku g plaza nih. padahal aku selalu sangat jalan2 cuci mata kat Lorong Haji Taib ngan abang! hehehe.. kalau bawak adik @ anak2 buah, mesti bawak diorang mengenali Lorong Haji Taib, lorong2 kat Bukit Bintang & Petaling Street tu. *sekadar menyebut beberapa port 'hitam' d KL ni. bukan ape, bagi diorang kenal & belajar how people survive.

sudah melalut lagi!!

ok, d Plaza GM, aku tak beli apa2, tapi Erin bagi aku 5 bijik buttons yang cute yang kemudiannya aku transform menjadi magnet yang lekat2 kat fridge.

THANX RIN!

dan, nana & auntie Katy belikan aku 2 gelang crystal.. sempena Mother's Day kata nana!! *haha..ai belum ada anak pon lg!
THANX NANA & AUNTIE!

then, kitorang gerak ke Ikano pulak. aku cukup berdebar sebab aku kan allergic ya amat dengan IKEA!! *ye..allergic yang sebaliknya! syukur Alhamdulillah, diorang tak masuk IKEA. hehehe.. selamat aku dari pitam tengok barang2 IKEA! *muahahahahah!! 1st thing yang kitorang buat bila sampai je d Ikano ialah makan hotdog & karipap IKEA yang best gile tu!! banyak ooo nana belanja.. *maklum le.. orang baru dapat payment!!hehehehehe
pastu, diorang sume shopping2 kat Ikano, aku layan baby tyara je.. nak mengelak dari "tershopping" jugak! Lagipun aku memang suka babies & mengharap sangat untuk dapat anak sendiri...amin.

Destinasi last hari tu ialah tak lain tak bukan.. Petaling Street!! walla!! aku kecur air liur jek tengok barang kat situ esp. glasses yang besar2 & handbags!! aduiii la... sabor je la..

Sampai Kepong dah pukul12 lebih.. semua dah melepek penat. baby tyara pun lagiii la penat. meragam je nak tido tanak tido. kembung perut kot. aku, Erin & Apex balik umah aku kul 1am lebih dah. sebelum tu aku sempat lagi makan2 nasi goreng kampung dengan Auntie.. best gile Auntie masak! Sampai aku bungkus bawak balik umah! *hahahahaa...patut le body aku makin fullamak!!

Kesimpulannya, aku berjaya menahan nafsu shopping ku hari itu namun gagal yang amat gagal menahan nafsu makan!! *muahahahahaaa!!! Aku happy hari tu walaupun penat. THANX sangat2 to Erin (atas ajakan & bagi cute buttons cum fridge magnet!), auntie *she's the host ok! (atas layanan yang baik, crystal bracelet & nasi goreng yang best!), nana (for the makan2 & crystal bracelet & the baby tyara!!*hahah) & last but not least, to Apex (the driver of the day!! *hehehee).

ok, tu la citenyee.... daaa!

layan gambar lagi ok!
*abaikan aku yang gemuk itu!! bencinyaa!!

i am Datin Paduka Nunu at 11:22 PM 2 homo sapiens  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie 15 - 80 day cycle Ticker

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License